



Have u heard about this product?U should get one,moms!Im getting mine in April 5th during their awareness event.Anyone interested?I can buy for u during the event soon.RM600(could be less sebab event kan,no worries ill return ur balance!)If ure interested,drop ur comment here okay.Stay tuned for my upcoming post !
Kajian oleh Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat mendapati kira-kira 30 peratus wanita pernah mengalami kesukaran mengawal kencing.
Kajian sama yang dilakukan di Malaysia menunjukkan wanita di negara ini juga berdepan dengan situasi yang sama.
Kesukaran mengawal kencing sebenarnya bukan sahaja memalukan, malah sering membuatkan kaum wanita berada dalam keadaan serba-salah.
Sebenarnya masalah ini berpunca daripada otot lantai pelvis yang lemah.
''Kehamilan, melahirkan bayi, berat badan berlebihan, usia tua dan tabiat merokok biasanya akan menyebabkan kaum wanita terdedah kepada masalah seperti ini,'' kata Presiden Continence Foundation Malaysia, Dr. Peter Ng.
Katanya, wanita yang memiliki otot lantai pelvis yang kuat akan memberikan pelbagai kelebihan kepada mereka.
''Ia yang membolehkan seseorang wanita itu melalui tempoh mengandung dengan selamat kerana dapat menanggung tambahan berat bayi dan kelahiran juga akan berjalan dengan lancar,'' katanya.
Selain itu, katanya, otot lantai pelvis yang kuat juga akan membuatkan seseorang wanita yang sudah putus haid mampu mengawal kencing.
Secara keseluruhan ia juga turut membantu meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan wanita serta meninggikan keyakinan diri.
''Kaum wanita juga akan memiliki pengalaman seksual yang lebih tinggi dan hubungan yang sihat dengan pasangan mereka,'' katanya.
Menurut Dr. Ng, masalah otot lantai pelvis yang lemah tidak semestinya bersifat kekal. sebaliknya ia masih boleh diatasi terutama melalui senaman Kegel.
Katanya, senaman Kegel yang diperkenalkan oleh Dr. Arnold Kegel sekitar tahun 1940-an telah terbukti mampu menguatkan dan mengentalkan otot lantai pelvis yang lemah antaranya disebabkan faktor penuaan, melahirkan anak dan sebagainya.
Senaman itu melibatkan pergerakan regangan dan merehatkan otot lantai pelvis yang kadang kala juga dipanggil otot Kegel.
Untuk menjadikan senaman itu berkesan, satu alat peranti canggih yang dikenali sebagaiVibrance Kegel Device telah diperkenalkan.
Pengarah Pembangunan Pemasaran Bioinfinity (M) Sdn. Bhd., Ng Shea Kang, berkata, ia merupakan peralatan sokongan bagi senaman Kegel yang merupakan pilihan yang selamat untuk menguatkan otot lantai pelvis.
Selain itu, katanya, alat peranti ini paling berkesan untuk menyokong senaman Kegel kerana ia dapat menentukan sama ada otot yang betul telah diberikan senaman.
''Pengguna dapat merasai getaran maklum balas bio yang lembut dengan menghasilkan rangsangan positif terhadap otot,'' katanya.
Katanya, alat peranti itu direka untuk meningkatkan kekuatan pengecutan otot vagina, menguatkan otot cerut pundi kencing, membantu memperbaiki kualiti kehidupan, menambah baik postur tubuh, mencantikkan tona otot abdomen dan mengembalikan bentuk badan.
''Peranti yang mesra pengguna ini direka dengan mengutamakan aspek keselamatan dan keselesaan,'' tambahnya.
Selain itu, ia berbentuk kompak, ringan dan sesuai bagi golongan wanita yang sentiasa bergerak cergas kerana mereka bebas untuk menggunakannya pada bila-bila masa tanpa rasa malu,'' katanya.
Malah jelasnya, alat peranti ini yang berharga RM598 ini boleh didapati daripada ahli urologi dan pakar ginekologi di seluruh negara yang mampu dimiliki berbanding pembedahan yang mungkin mendatangkan komplikasi.
Berita Harian
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kemutkuatkanototpelvik/Article
Peranti canggih bantu sasar otot tepat senaman kegel BERBEZA peranan, bermula status seorang gadis hinggalah ke pangkat ibu atau nenek. Peristiwa dialami sepanjang hidup wanita pula, seperti kehamilan, kegemukan serta menopaus, mempengaruhi kekuatan otot dasar pelvik wanita hingga menyebabkan ia boleh bertukar menjadi lemah.
Otot dasar pelvik lemah boleh memberi implikasi kawalan kencing, penyebab terkucil atau tidak dapat menahan kencing. Keadaan itu boleh mengakibatkan rasa tidak selesa bagi menghidapnya bagi menjalankan aktiviti biasa. Bagi wanita bersuami, pasangan boleh merasai kurang nikmat ketika bersama.Keadaan ini terjadi apabila wujud masalah pada otot dan saraf yang mengawal dan membebaskan air kencing. Otot lantai pelvik menjadi lemah dan tidak cukup kuat untuk mengawal air kencing daripada terkeluar. Secara lazimnya, kebarangkalian untuk wanita mendapat masalah ini adalah lebih tinggi, khususnya wanita berusia dan yang kerap melahirkan anak, disebabkan struktur tubuh wanita serta faktor melahirkan anak. Apabila otot dasar pelvik kuat, ia membantu meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan wanita serta membina keyakinan diri mereka apabila dapat melakukan banyak perkara tanpa melalui masalah terkucil. Menguatkan otot dasar pelvik, boleh dilakukan menerusi senaman kemutan atau kegel. Persoalannya adakah wanita benar-benar melakukan senaman itu dengan sempurna kerana jika senaman itu tidak mensasarkan otot yang tepat, ia tidak mungkin memberikan manfaat. Pengarah Pembangunan Pemasaran Bioinfinity (M) Sdn Bhd, Ng Shea Kang, berkata memudahkan kejayaan senaman kegel, sebuah peranti canggih lagi inovatif Vibrance Kegel Device diperkenalkan. Ia adalah satu peralatan sokongan bagi senaman kegel, menjadi pilihan selamat untuk menguatkan otot dasar pelvik. Peranti mesra pengguna ini direka secara khusus, mengambil kira aspek keselamatan, keselesaan dan kemudahan. Kompak dan ringan, ia amat sesuai bagi wanita yang sentiasa bergerak cergas. “Peranti ini dibuat hasil panduan profesional dan nasihat pakar ginekologi supaya dapat menawarkan keselesaan maksimum bagi wanita. Vibrance Kegel Device mempunyai sarung tahan lasak dan antibakteria membolehkan pengguna meningkatkan tahap senaman secara selamat dan berkesan. Sarungnya diperbuat daripada getah silikon bermutu tinggi,” katanya. Ia direka meningkatkan kekuatan pengecutan otot vagina; menguatkan otot cerut pundi kencing, membantu memperbaiki kualiti kehidupan; menambah baik postur tubuh, mencantikkan tona otot abdomen dan mengembalikan bentuk badan. Turut menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa dengan menggondol Pingat Emas daripada Geneva Award for Invention pada 2001, ia dipaten dan boleh didapati secara meluas di 18 negara, termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, Perancis, Australia, Jepun, Singapura dan Hong Kong.
0 comments:
Post a Comment